Sunday, March 20, 2011

Menonton Hikayat Merong Mahawangsa...

Masih teringat lagi kali terakhir aku menonton filem epik Melayu terbitan anak Malaysia adalah Puteri Gunung Ledang... Entah kenapa naluriku bagaikan meronta-meronta untuk menonton Filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)... Mungkin kerana aku ini pecinta Sejarah... Kerana padaku Sejarah adalah permulaan sesebuah tamadun... hehehehe.. Mengenai dengan HMM yang aku tonton seorang diri pada 20/3/11 di ANEKA Jitra iaitu genap 10 hari selepas ianya secara rasminya keluar panggung... tidak rugi rasanya melabu RM 10... Wang boleh dicari... Pada aku ceritanya sarat dengan nilai impian, ketaatan, tanggungjawab, dan amanah ketika melakukan tugas.... Seperti biasa semua filem melayu acap kali memaparkan babak cinta.. Tetapi kali ini nilai cinta yang digarap oleh Yusri amat baik sekali.. Tahniah buat KRU, para pelakon dan krew produksi..... Pada aku HMM adalah sebuah filem epic yang terbaik yang pernah dihasilkan.... Filem epic yang penih dengan aksi ini amat jarang sekali dihasilkan ketika ini dek kerana Producer filem acap kali menghasilkan filem corak hidup masyarakat hari ini... Memang bagus usaha mereka ini tetapi bagi diriku filem tersebut adalah biasa... Dewasa ini kita memerlukan filem yang mampu menjadi elemen penting bagi membentuk semangat cintakan negara... Kerana Aku Cintakan Negaraku... Sebab itu aku sukakan filem epik bercorak Sejarah... Mengenai dengan Filem HMM ianya penuh dengan elemen tauladan untuk dijadikan amalan masyarakat hari ini.. kalau tak percaya cuba conton sendiri filem itu... Walaupun aku sudah menonton tetapi aku ingin menyimpan DVD untuk dijadikan tatapan kemudian hari... Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem yang mengiburkan... InsyaAllah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...