Wednesday, March 23, 2011

LOnelY jouRneY

Perjalanan sebagai seorang mahasiswa sarjana sedikit sebanyak mematangkan diriku.. Mana tidaknya... Aku kini berseorangan..Tidak ada teman untuk berbicara secara santai.. Aku hanya berjumpe rakan sekuliahku di kelas sahaja.. Masing-masing sedang sibuk menyiapkan dissertation untuk bergraduat.. Termasuk diriku juga... Ini berbeza sekali sewaktu aku di sarjana muda dahulu... Di waktu rakanku satu demi satu melengkapkan hidup mereka dengan pasangan hidup masing-masing aku bersyukur kerana Allah menguji hambaMu ini... Hal ini keraana sehingga kini masih belum lagi bertemu... Allah tidak mengizinkannya lagi... x pelah... Sampai masa nanti adalah tu... Sabar separuh daripada iman... InsyaAllah tak lama lagi pengajian sarjana ini akan ditamatkan... Semoga Allah memberi petunjuk dan dipermudahkan segala urusan yang dilakukan... Amin... Selepas ini perjuangan untuk memperkukuhkan hidup pula... Pencarian kerja tetap perlu dilakukan dengan segera... Tahun lepas aku nyaris-nyaris lulus untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik...Akan tetapi disebabkan ketika ditemuduga oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak meyakinkan penemuduga... Aku tidak kompetatif.. Aku akur... Kalau tidak aku mungkin bergelar Pegawai PTD.. Setelah difikirkan dalam2 aku dapat faham... Usahaku tidak berterusan... Doaku sewaktu mengerjakan umrah hanya untuk lulus ujian Penilaian Assessment Centre (PAC) PTD.. Tidak terlintas untuk mendoakan agar aku menjadi seorang PTD.. dan ketika itu juga aku masih lagi dalam pengajian sarjana ini... Ibuku berkata ada hikmahnya apa yang berlaku... habiskan satu persatu... Allah maha besar... Allah maha adil.... Alhamdulillah... Aku akan cuba untuk di lain kali.... Softskill, penampilan, komitment, body langguage aku kena jaga.... Hal ini kerana perkara ini adalah kriteria utama untuk menjadi pegawai kerajaan... InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...