Sunday, October 30, 2011

Ujian Demi Ujian....

Kali ini izinkan saya mengungkapkan dalam bahasa melayu.

Allah itu maha besar.... Setiap apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya...
Baru-baru ini rumah saya dipanah kilat. Tapi alhamdulillah tidak ada apa-apa berkara buruk berlaku... Tetapi kesannya electricity untuk setengah bahagian rumah tidak dapat kerana kerosakan pada main panel... Alhamdulillah berkat cuba jaya internet ini berjaya dilakukan dengan menggunakan komponen lama yang sudah lama tidak digunakan.

Sebenarnya banyak perkara telah berlaku pada minggu ini... Tetapi tidak perlulah rasanya menceritakan semuanya sekali disini.... Cukuplah sekadar satu perkara sahaja....

Ujian yang Allah berikan ini merupakan satu peringatan bahawa tidak boleh leka kerana sekiranya semuanya hanyalah sementara. Saya bukan insan yang pandai ilmu agama tetapi disini ada perkara yang boleh dikongsi. Ianya kena pada situasi yang timbul pada minggu ini.
Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian"

Kita jangalah sama sekali rase kesal serta menyesali kesilapan yang kita pernah lakukan... Sekiranya melibatlan individu lain janganlah kita berdendam kerana dendam itu akan menjadi api dalam sekam kita sendiri.... Ini adalah ujian Allah... Kita seharusnya mengucapkan ribuan terima kasih dan syukur kepada Allah kerana dengan ujian yang kita tempuh ini mampu menjadikan kita insan yang lebih matang seterusnya menjadi insan yang lebih tabah dan patuh pada perintah Allah.... Ya... Memang sakit dan perit untuk kita terima dan tempuhi... Ingatlah hanya individu yang redha dengan hati terbuka akan menerima ganjaran Allah... InsyaAllah.....

Kejadian yang ditempuhi benar-benar mengingatkan saya mengenai 5 perkara ini... Subhanallah... Maha suci Allah yang telah mejadikan segala tiap apa yang berlaku ada hikmahnya dari sebelum adanya.

Semoga Allah memberi kekuatan menempuh dugaan yang mendatang.... Amin...

Wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...