Monday, April 25, 2011

UjiAn DeMi uJiaN

Baru-Baru ini pada tanggal 20-21 April 2011 aku telah menghadirkan diri untuk program assessment centre untuk Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) bertempat di Yayasan Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku berangkat ke Kepala Batas pada 20 April untuk urusan menentukan lokasi dan penginapan. Seseudah samapi di sana aku mencari lokasi ujian tersebut... Alhamdulillah jumpa.. Yayasan tersebut terletak berhampiran dengan Kolej ACMS. Sesedah itu aku mencari lokasi untuk menginap kerana penginapan sepanjang 2 hari tersebut tidak disediakan... Pada mulanya aku memberanikan diri bertanya di Hotel Seri Malaysia... Memang ada kekosongan bilik tetapi rate penginapan utuk satu malam amat tinggi bagiku.. RM140 semalam... MasyaAllah.. Mahalnya.. X mampu jadinya... Disebabkan tidak berkemampuan aku bertawaf di Pekan Kepala Batas untuk memcari penginapan... Alhamdulillah aku menjumpai sebuah Motel yang diberi nama Motel Bertam... Lokasi motel tersebut terletak diatas Bank Islam dan berhampiran Stesen Minyak Shell. Agak sibuk juga kawan tersebut kerana menjadi tumpuan khususnya di waktu office hour... Mengenai dengan sewa motel tersebut amat berpatutan kerana kerana harganya RM60 semalam.. Aku menyewa motel tersebut seorang diri.. Selama 2 hari menginap disana kerap kali juga aku mengulang ke Restoran Nasi Kandar untuk menikmati lauk kegemaranku.. hehehe... Memang best...

Oh ye... Mengenai dengan ujian tersebut, di wilayah utara ujian tersebut diadakan pada dua sesi. Aku mendapat sesi yang kedua pada 20-21 April 2011. Ketika sampai di lokasi tersebut aku medapati suasana tidak sibuk sama sekali.. Aku berasa amat pelik.. Ketika sesi ujian tersebut diadakan seramai 80 orang pesertaa dijemput oleh Kementerian Kesihatan untuk menghadirinya. Akan tetapi hanya 32 orang sahaja pada sesi tersebut yang hadir.. Mungjin pada waktu pejabat agaknya.. Ramai yang tidak sanggup mengorbankan cuti tahunan...

Sepanjang ujian tersebut diadakan aku hanya berusaha sehabis baik tanpa terlalu berharap untuk lulus. Aku takut aku akan kecewa nadai kata aku terlalu berharap.. Mungkin dengan status underdog membuatkan aku merasa selesa... Pada hari pertama ujian tersebut, kami diuji dengan ujian pernafasan, ujian kandungan nikotin dalam badan,ujian BMI, ujian pengetahuan kesihatan, ujian personaliti, simulasi perbincangan, ujian literasi penyelesaian masalah dan public speaking. Rata-rata peserta mempunyai pekerjaan tetap. Malu juga rasanya kerana masih tidak bekerja.. xpelah... Rezeki Allah telah tetapkan...

Pada aku ujian kali ini tidak jauh beza dengan ujian Program Assessment Center Pegawai Penerangan di Poloteknik tempoh hari. Cuma yang membezakan adalah skop ujian kali ini yang lebih menekankan aspek kesihatan...

Mengenai dengan Jawatan Pegawai Penerangan(Pelajaran Kesihatan) ini prospek kerjanya hanya di pusat kesihatan dan hospital... Insan yang terpilih umtuk menjawat jawatan ini berpeluang untuk menyambung pengajian Sarjana di UKM dalam bidang kesihatan denga gaji penuh.. Bila dengar memang best... InsyaAllah ada rezeki nanti adelah tue.. Sabar....(nie ayat memujuk hati sebenarnya... hehehehe...

Ya Allah... Permudahkan setiap urusanku... Rahmatilah setiap perbuatanku... Semoga apa yang dilakukan mendapat keredoan Allah AWT... Amin Yarrab...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...