Saturday, December 18, 2010

Muhasabah Diri: Boring dan Bosan

Ada suara yang mengungkapkan:"Boring la hidup ni!" Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.
Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang lelaki berkerjaya akan kejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khlifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang akan terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Meraka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah."(Surah al-Dhariyat 51:56)
Allah juga berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."(Surah al-Baqarah 2:30)
Dua misi inilah yang akan membuat kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.


Petikan dipetik daripada ruangan Muhasabah, SOLUSI:Panduan Hidup Bersyariat, Isu 28.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...